Dan

Ahad pagi di Jakarta, bilik hotel yang sejuk kerana aircond melawan haba panas Jakarta. Bosan menunggu kawan sebilik yang masih tidur, aku buka TV tengok rancangan best.

Lagu Sheila On 7 sedang dimainkan. Lagu ini buat aku teringat dengan apa yang aku buat dekat ex aku sendiri.

''Dan
Apabila esok, datang kembali
Seperti sedia kala dimana kau bisa bercanda
Dan
Perlahan kaupun lupakan aku
Mimpi burukmu dimana telah ku tancapkan duri tajam
Kaupun menangis, menangis sedih
Maafkan aku"

Seandainya kau faham kenapa aku ambil berat dekat kau, kerana bagiku kau adalah separuh cintaku. Namun kau salah anggap, kau fikirkan aku hanyalah lelaki yang mahukan pasangannya selalu update 24/7. Kau mula tertekan, tapi kau tak tahu aku mula terasa apabila melihat lelaki itu menunjukkan caringnya dekat kau di twitter.

"Dan
Bukan maksudku, bukan inginku melukaimu
Sadarkan kau di sini ku pun terluka
Melupakanmu, menepikanmu
Maafkan aku"

Aku sedar kau mula menerima lelaki lain di hatimu. Diriku yang dulu kau anggap lelaki yang boleh membawa kau ke arah kebaikan tapi kau membuka pintu hati untuk lelaki lain di sana. Aku masih tak faham di mana salah silapku walau aku paksa kau bagitau.

"Lupakan saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar dan berpijar
Seperti dulu kala
Caci maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar dan berpijar
Seperti dulu kala"

Mungkin jawapan terbaik ialah aku berundur dari hati kau. Biarkan orang berkata aku loser kerana tak merebut hati kau semula, tapi orang takkan tahu yang hati kau dah sepenuhnya diisi dengan lelaki itu. Begitu cepat hati kau berubah. Untuk apa aku berharap kembali dengan diri kau kalau ada jalan lain untuk melupakan hati ini. Biarlah aku duduk bersendirian di sini mengubati hati yang kau lukai tanpa sebab yang pasti.

***

Cinta ini terkadang kejam. Tapi yang paling kejam ialah mereka yang tidak menghargai cinta itu sendiri