Dulu masa dengar cerita ada lelaki tak pandai jaga awek dia, kemudian kena kebas dek kawan baik dia, reaksi aku adalah gelak besar
HAHAHAHAHA
Masa dengar kawan baik aku yang mana crush dia dekat oversea dah couple dengan kawan sekolah dia, aku hanya mampu tenangkan dia tapi di dalam hati aku dah gelak habis
HAHAHAHAHA
Tiap baca kisah suami ceraikan isteri sebab isteri main kayu tiga kerana suami lupa dengan tanggungjawabnya, aku yang belum berkahwin hanya tersenyum sambil gelak
HAHAHAHAHA
Tiap dengar lagu When I Was Your Man dekat radio, aku gelakkan Bruno Mars sebab tak reti jaga awek dia
HAHAHAHAHA
.
.
.
Tapi sekarang, lepas aku dapat rasakan, kena tinggal oleh awek sendiri, kemudian couple dengan kawan U dia, patutkah aku gelakkan diri sendiri?
Karma. Eh tak, orang Islam cakap pembalasan.
Tapi karma dan pembalasan tu bukannya sama eh?