Bakat

Duduk di tepi pantai menghadap ombak, membuat aku terkenang satu dialog yang sememangnya dirasakan pahit pada mulanya

'Bakat boleh memenangi hati'

Aku sedar aku takde bakat langsung. Setakat dapat 3.00 ke atas tiap sem tapi bakat memenangi hati kau takde langsung di mata kau, tiada gunanya.

Aku faham aku takde bakat untuk bermain alat muzik seperti gitar yang boleh kumainkan di hadapan kau, sehingga membuat kau terpikat. Tapi aku ada hati yang pernah aku berikan kepada kau dengan kasih sayang.

Suaraku yang pecah boleh menurunkan hujan sekalipun bukan mampu memenangi hati kau, kerana aku sedar aku tiada bakat untuk menyanyi. Hanyalah kata-kata romantik dan perilaku aku sahaja mampu kulakukan untuk kubuktikan bahawa aku pernah sayangkan kau.

Rupanya semuanya salah. Kau tak pandang otak aku yang bijak, hati aku yang suci serta cinta aku yang murni. Kau memandang bakat.

Ya. Bakat.

Seandainya waktu boleh diundur, aku akan belajar bagaimana mencuri hati kau menggunakan bakat aku yang ada. Namun untuk apa? Kau sudah ada yang punya. Seseorang yang penuh bakat telah mencuri dan memenangi hati kau.

Seems like I was a loser.

Tapi sekarang aku dah sedar, aku telah menunjukkan bakat yang belum pernah aku tunjukkan selama kita bersama. Oh mungkin, selama aku masih hidup dan mengenai kekejaman dunia dalam percintaan. Bakat yang orang lihat diriku sangat keji dan kejam, dan kau mula memandangku dengan pandangan menyampah.

Bakat memaki hamun pasangan kau, supaya kau belajar mencintai pasangan kau sebagai 'cinta sejati' dan membenci aku sebagai 'kenangan terindah'.