Ada orang berkata, move on itu susah.
Ada juga yang berkata, move on itu senang.
Bergantung juga dengan bagaimana cara dia menghadapinya.
Kalau emosi tinggi lepas tu stalk ex kau dengan pasangan baru dia, memang move on kau takkan ke mana.
Seeloknya kau lupakan ex kau tu dengan cara delete semua message dia. Whatsapp Wechat SMS Line. Kalau boleh dengan nombor dia sekali delete. Nak elakkan kau buat buat termesej dia pulak.
Gambar dengan dia pun delete. Tak payah delete tapi kau dah save backup gambar-gambar kenangan kau dan dia dekat folder lain. Itu bangang namanya.
Lagu-lagu yang buat kau teringat dengan dia pun kau jangan dengar. Buang masa je. Nanti tak memasal air mata kau mengalir laju padahal kau dengar lagu tu dekat shopping mall je.
Twitter instagram facebook terus unfriend atau unfollow. Bukan nak ajar kau putuskan silaturahim sesama manusia, kalau kau masih follow dia lepas tu ternampak segala aktiviti dia dan kekasih baru, makan hati nak tak? Aku pun taknak.
Paling penting, dekatkan diri kepada Tuhan. Kalau kau Islam, mesti tahu apa itu solat mengaji dan doa. Lepas solat, kau baca sehelai dua Al Quran tu, lepas tu berdoa. Doa yang baik baik, jangan kau doa minta mati esok sebab frust menonggeng tak dapat dia. Ataupun doa supaya dia mati dilanggar komuter masa tengah drive kereta ke tempat kerja.
Cukup itu je nasihat pengalaman aku. Banyakkan minum air kalau kau tengah marah atau bengang. Kalau nak lagi bagus, kau sebut nama tuhan kau. Takyah sebut nama haiwan 4 kaki tu.
Okay ciao